[Kesihatan Wanita & Kanak-Kanak]
Tajuk: Neural Tube Defect & Folic Acid
![]() |
| Illustrasi |
Wanita A: Doktor, sekarang ni kan musim walimatul urus, sana sini orang berebut-rebut memenuhi sunnah Nabi. Jadi doktor ada sebarang nasihat untuk saya sebagai bakal pengantin dari sudut kesihatan?
Doktor A: Oh, pertama sekali mubarak saya ucapkan kepada adik. Bagus adik ada kesedaran untuk bertanya soal ni.
Baiklah, ada banyak sudut penjagaan kesihatan yang boleh saudari amalkan semasa masih bujang lagi. Tapi hari ni doktor nak bercakap tentang pengambilan Folic Acid dan Neural Tube Defects. Haa, adik ada ambil supplement folic acid tak? Nak tau ape Neural Tube Defects tu? Jeng jeng jeng, meh dengar doktor nak terang ye
-------------------------------------------------------------------------------
1. Neural Tube Defects (NTD) tu apa?
Neural Tube Defects adalah sejenis kecacatan yang berlaku kepada janin sejak dari awal kandungan lagi, selalunya sewaktu para ibu masih belum menyedari yang mereka sudahpun hamil! (3 hingga 4 minggu kandungan).
Dalam kes NTD, berlaku kegagalan neural tube (tiub saraf) untuk tertutup sepenuhnya menyebabkan berlaku simptom-simptom bergantung kepada tahap dan level kecacatan tersebut. boleh tengok gambar yang doktor tunjukkan ni, sedihkan?
Bayi yang dilahirkan dengan NTD akan meninggal sewaktu dilahirkan (stillbirth) ataupun mengalami kecacatan kekal. Mereka akan mempunyai masalah untuk berjalan secara normal, masalah mengawal fungsi pundi kencing dan saluran pembuangan, terdedah dengan risiko jangkitan kuman dan sebagainya.
2. Apakah penyebab NTD?
i- Genetik: Sekiranya kandungan pertama mengalami NTD, risiko untuk mendapat NTD pada kehamilan seterusnya adalah 1.5 sehingga 3 %.
ii- Kekurangan pengambilan folic acid: Folic acid merupakan suatu komponen penting yang membantu proses penutupan neural tube janin semasa dalam kandungan.
iii- Masalah dan status kesihatan ibu: Maternal Diabetes, pengambilan alkohol, obesiti, demam panas dan pengambilan 'clomiphene'
iv- Masalah metabolik
3. Jadi, apa yang boleh saya ikhtiarkan untuk mengelakkan anak saya dari mendapat NTD?
Disarankan kepada seluruh remaja wanita yang masih bujang untuk mengambil supplement folic acid sekurang-kurangnya 3 BULAN SEBELUM MENDIRIKAN RUMAHTANGGA. Kebanyakan kes NTD berlaku kerana kehamilan tidak dirancang sekaligus si isteri tidak sempat untuk memastikan fizikalnya benar-benar bersedia untuk hamil.
Untuk wanita yang tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan, disarankan untuk mengambil supplement folic acid sebanyak 0.4 mg sehari, dan dos yang lebih tinggi untuk wanita yang berisiko tinggi.
Terdapat banyak jenama supplement folic acid di luar sana, rujuklah pada yang arif dan buatlah pilihan yang bersesuaian.
In shaa Allah kita sebagai manusia boleh berikhtiar dan berdoa, natjiahnya kita serahkan pada Allah ye?
Renung-renungkan dan selamat beramal!
![]() |
| Neural Tube Defect |
-> Untuk bacaan tambahan, boleh klik pada pautan ini
-------------------------------------------------------------------------------
*Disclaimer: Post ini hanya bertujuan untuk memberi pendidikan dan penerangan secara mudah kepada masyarakat berkenaan isu perubatan, dan tidak boleh menggantikan nasihat dari doktor yang bertauliah. Silakan berjumpa dan merujuk kepada doktor anda sebelum membuat apa-apa keputusan
**sebarang persoalan boleh tinggalkan di ruangan komen atau terus pm ke page kami
| Disediakan oleh |
Nur Farah Aisyah Nazim,
Tahun 6 Perubatan, JUST


No comments:
Post a Comment