- Saturday, 5 September 2015

#LIFEHACK CLINICAL YEAR DI J.U.S.T


Sebut sahaja doktor, sudah lazim di kepala kita bahawa mereka ini adalah golongan yang  sentiasa sibuk, sentiasa di hospital. Keluar sebelum matahari terbit, dan pulang ke rumah juga setelah matahari tenggelam. Keutamaan mereka yang utama adalah bukan diri mereka, namun 100% tumpuan diberikan kepada pesakit-pesakit yang lebih memerlukan. 
Jadi, kepada pelajar perubatan pra-klinikal perubatan  di Jordan khususnya, yang akan memulakan sesi klinikal tidak lama lagi, kami warga HappySyringe mengucapkan selamat datang ke dunia hospital dan kami dengan rendah diri akan cuba memberikan sedikit tips dan gambaran tentang kehidupan pelajar klinikal di medical school di Jordan, khususnya JUST.

PERBEZAAN PRA-KLINIKAL DAN KLINIKAL
Sewaktu di pra klinikal, kita lebih berteraskan buku dan lecture notes sahaja. Kadang kala ada sesi di lab. Mungkin ada yang gemar seperti itu, tetapi bagi kebanyakan pelajar, belajar tanpa melihat ‘evidence’ di depan mata amat sukar untuk dipraktikkan dan dihafal. Kini di dunia klinikal, sistem pembelajaran lebih berfokus dan lebih praktikal. Apa yang ada belajar selama 3 tahun di pra-klinikal akan diuraikan secara lebih mendalam di tahun klinikal. Pelajar akan dipecahkan mengikut jabatan di hospital mengikut tahun pengajian. Ia merangkumi :

Tahun pengajian
Rotation
4
Introduction, Surgery (I), Pediatrics (I), dan Internal Medicine (I)
5
Obstetric & Gynegology (I), Psychiatry, Family Medicine, Anesthesia, Radiology, Forensics, ENT, Ophtalmology, Orthopedics, Dermatology dan Neurology
6
Surgery (II), Pediatrics (II), Internal Medicine (II) dan O&G(II)

[Red Hall, salah sebuah dewan kuliah untuk pelajar perubatan belajar di King Abdullah University Hospital]
Peperiksaan juga berbeza. Pelajar akan diuji di dalam ujian bertulis (Mini OSCE) dan ujian lisan (OSCE) . Namun khusus untuk jabatan Pediatrics, konsep peperiksaan  berbeza iaitu case study (Long Case) . Di akhir semester, peperiksaan akhir tahun akan dijalankan. Pelajar Tahun 4 dan 5 mempunyai peperiksaan multiple choice questions (MCQ) dan untuk Tahun 6, tambahan peperiksaan oral (VIVA) akan diadakan.

Secara amnya, dengan membaca buku di rumah sahaja TIDAK CUKUP untuk menjadi seorang pelajar perubatan klinikal yang terbaik. Pengalaman anda  di wad akan mempengaruhi pencapaian anda di alam klinikal. Banyak berjumpa pesakit, shadowing bersama doktor pakar, mengambil history pesakit di dalam bahasa Arab, dan membuat follow up kes termasuk mengetahui  keputusan makmal, xray dan management plan oleh doktor untuk pesakit itu boleh membantu anda menguasai setiap penyakit itu secara mendalam. 

Bayangkan, satu hari anda jumpa satu kes, dan selidik kes itu in and out. Dari pathophysiology penyakit itu hinggalah ke management plan. Cukup 8 minggu untuk satu rotation, anda sudah berjaya menguasai lebih dari 30 penyakit daripada situasi klinikal sebenar! Wah, bukankah banyak tu!  
Pastinya kini masing-masing  sudah tidak sabar untuk berkemeja, bertie, berbaju kurung dan tidak kurang juga yang seronok ingin menggayakan white coat bersama stethoscope baru anda. Jadi mari kita lihat apa yang anda kena bersedia untuk memasuki alam klinikal, all the dos and don’ts untuk dipraktikkan. 

King Abdullah University Hospital dari Masjid Universiti.


PERSIAPAN SEBELUM BERMULA ROUND
Jika esok hari pertama anda memasuki alam klinikal, pastinya anda mempunyai perasaan yang bercampur-baur, seperti mana yang kami lalui dahulu. Membayangkan sahaja anda akan memasuki hospital , pasti perasaan gembira, teruja, gementar atau takut dengan cara pembelajaran yang baru di alam klinikal. Dont worry guys!  Trust me, everything will be fine. Like a wise man once said to me, with efforts comes great outcomes.

1.FIRST IMPRESSION LAST! 
Yes! Anda boleh kata people should not be judged only by their appearance. Namun kita sebagai bakal doktor, penampilan yang kemas dan sopan penting bagi memastikan pesakit selesa berkomunikasi dengan kita.  Bagi lelaki, berkemeja (tuck-in) dan seluar slack/khakis adalah yang terbaik. Menggayakan dengan kasut hitam pastinya memberikan lagi gaya seorang bakal doktor yang cemerlang. 

Wanita pula mempunyai pilihan yang lebih luas. Berbaju kurung, atau kasual boleh digayakan, yang penting kemas dan sopan. Kemudian barulah boleh bergaya dengan white coat anda. 


2. APA YANG ANDA PERLUKAN KETIKA ROUND DI WARD?
Barang yang wajib anda miliki adalah stethoscope, torch, measuring tape, dan hammer. Tuning fork dan sphygmomanometer , kedua-duanya adalah pilihan anda sendiri. Tetapi 4 benda pertama di atas sudah mencukupi. Kesemua barang ini boleh didapati di mana-mana kedai menjual alat perubatan, contohnya Kedai Kamal berhadapan Hospital Kuala Lumpur. Khabarnya harga disitu murah sedikit berbanding tempat lain. Wallahu3alam.


Jika anda mempunyai handbook untuk setiap rotations, bagus juga jika dibawa ketika round. Boleh dibaca sebelum ditanya oleh doktor pakar. Tapi ingat! Jangan baca ketika di dalam round pula. Baca SEBELUM bermula round. Ada doktor tidak suka anda curi-curi membaca buku ketika round. Anda akan dianggap menipu jika anda menjawab based on buku yang anda baru baca beberapa saat yang lalu.

Buku Rujukan Pantas
3.  BAHASA APA YANG AKAN DIGUNAKAN, ARAB ATAU INGGERIS?
Silibus dan pembelajaran bersama doktor akan menggunakan bahasa Inggeris. Namun untuk history taking bersama pesakit, sudah semestinya di dalam bahasa arab. Untuk pelajar perubatan di Jordan khususnya, anda akan berhadapan dengan pesakit yang 95% yang akan bertutur di dalam bahasa arab dengan anda, walaupun mereka tahu anda adalah warga asing dan bukan dari Tanah Arab. 

Apa yang boleh anda buat? Anda boleh membawa buku kamus bahasa arab ammi  sebagai panduan anda sewaktu soal jawab bersama pesakit. Kamus ini ditulis oleh senior kita sendiri, bekas graduan JUST, saudara Doktor Imran Zainal Abidin (boleh tanya senior-senior bagaimana nak dapatkannya). Recommended 100%. 

Buku Bahasa Arab Ammi

Kertas history yang telah diterjemah dalam bahasa arab juga ada. Rujuk senior-senior anda untuk itu.
Disyorkan juga untuk anda memuat turun mana-mana aplikasi kamus Arabic-English di telefon pintar /tablet anda. Lebih mudah saya rasa.

Atau anda boleh minta bantuan dari rakan-rakan Arab anda untuk terjemah perkataan yang anda tak faham sewaktu mengambil history. Jangan malu nak tanya rakan Arab anda,  bukan ke malu bertanya sesat jalan, yedak?

Semua dah bersedia? Jom pergi round!


TIPS SEMASA ROUND
Pertama sekali, pastikan anda faham terms seperti rotation dan round. Ramai yang sering keliru di awal-awal alam klinikal mereka. Rotation maksudnya subjek sem anda. Samada Surgery, Pediatrics, Internal Medicine, dll. Manakala round pula adalah sesi bedside teaching bersama doktor pakar setiap pagi. Berbeza ya dua perkataan tersebut. Jangan salah sebut pula nanti. Hehe.

1. TIPS UNTUK MENDEKATI PESAKIT DENGAN BAIK.
- Ketuk pintu sebelum masuk ke bilik pesakit. Bagi pesakit bersedia dulu untuk menerima tetamu, untuk mengambil masa menutup aurat bagi yang muslim. Jaga hak privasi mereka.
- Senyum! Walaupun anda belum bersarapan lagi atau sedang mengantuk, tak salah untuk senyum ketika bertemu pesakit. Barulah pesakit selesa nak jawab apa yang kita nak tanya.
- Introduce yourself and make a small talk! Tak manis lah kalau datang-datang terus kita tanya dia sakit apa. Ramahkan diri anda, tanya khabar pesakit, perkenalkan diri anda. Mungkin anda boleh terangkan kepada pesakit bahawa sesi history taking mungkin mengambil masa. Barulah pesakit jadi cooperative, kita pon dapat apa yang kita nak. Tak gitu? 
- Jika pesakit tidak cooperative ( yes, you guys will experience this thing a lot), cuba rujuk keluarga mereka untuk ambil history. Jika anda rasakan history anda tidak lengkap juga, kami syorkan anda cari pesakit lain. Jangan risau, banyak pesakit lain lagi di wad.
- Cara-cara untuk mengambil history yang  baik saya syorkan anda dengar sendiri daripada doktor pakar di hospital ketika round nanti untuk maklumat yang lengkap. Tapi secara amnya, boleh saya katakan, lakukan history taking anda secara lengkap, dan teratur. Dengan latihan yang banyak, anda akan menguasai skill untuk taking history in no time. Buku catatan atau clipboard perlu digunakan untuk mencatat maklumat yang anda peroleh daripada sesi history taking. Jangan tanya saja tanpa mencatat!
- Lakukan physical examination untuk SETIAP pesakit anda. Minta kebenaran pesakit dahulu. Kebanyakkan pesakit faham anda perlu periksa atas kapasiti seorang  pelajar perubatan dan kebanyakkan daripada pesakit akan membenarkan. Tapi jika ada yang tidak bersetuju, jangan dipaksa pula. Just tell your doctor that your patient refused to be inspected. Doktor faham perkara-perkara seperti itu.
- Berkomunikasi didalam bahasa arab dengan mahir adalah sesuatu yang mengambil masa. Mula-mula stress lah sikit. Makin lama nanti cekaplah, Insyaallah. Yang penting kena berlatih selalu.


2. APABILA DOKTOR BERKATA, “PLEASE PRESENT YOU CASE!”
Selepas anda mengambil history dari pesakit, round akan bermula. Round di KAUH kebiasaannya  berlangsung selama 2 jam. Anda akan dibahagikan kepada beberapa  kumpulan kecil (10-12 orang untuk setiap kumpulan). Setiap kumpulan akan diletakkan bersama seorang doktor pakar yang bertugas. Anda akan diminta oleh doktor pakar untuk membentangkan kes yang anda ambil untuk hari itu. 

Jadi, macamana nak bentang kes dengan power?
Yakin, penyampaian yang teratur, dan bersuara jelas! Gunalah public speaking skill  anda sewaktu membentangkan kes. Berilah 100% effort untuk anda bersedia dan membentangkan kes dengan baik. 


3. DENGAR DAN CATAT!
Bawa buku nota ketika round dan catat sebanyak mungkin yang anda peroleh. Banyak maklumat penting yang akan di ajar oleh doktor pakar ketika bedside teaching. Jika nasib anda baik, kebanyakkannya  akan diulang dan disoal kembali di dalam peperiksaan OSCE dan mini OSCE nanti. Best bukan?

4. ADAB DENGAN DOKTOR DAN RAKAN-RAKAN 
Jawab jika ditanya. Sekiranya doktor tanya tapi tidak tahu, elakkan dari meneka jawapan. Berterus teranglah dan jawapan yang terbaik adalah “ I don’t know but I will find out”.

Jangan diam seribu bahasa bila ditanya.  Doktor tak gemar pelajar yang pasif di round. Sesetengah doktor pakar akan memberi markah evaluation berdasarkan tahap keaktifan anda didalam round. Nasihat saya, aktifkan diri! 

Yakin, tetapi jangan pula sombong. Bantu kawan anda sekiranya mereka memerlukan bantuan. Doktor rata-rata bukan ingin melihat siapa yang paling pandai, tetapi mereka ingin melihat pelajar  ada semangat untuk belajar dan paling penting beradab semasa round.


ON-CALL SEBAGAI PELAJAR PERUBATAN.
Di JUST khususnya, sesi pembelajaran bukan sahaja berlaku pada siang hari, malah waktu malam juga digunakan sebaiknya oleh pihak universiti. Pelajar klinikal akan memulakan on-call pada tahun 5 dan Tahun 6 pengajian. 

Pelbagai jabatan yang menggunakan sesi on-call sebagai salah satu modus operandi untuk pelajar lebih arif untuk mengendali dan mempelajari kes kecemasan daripada real life event . Kadang kala hingga pukul 10 malam baru anda akan pulang ke rumah dari hospital.

SUASANA DI KING ABDULLAH UNIVERSITY HOSPITAL (KAUH), JORDAN
Sebelum itu, mari kita intai suasana sekitar hospital utama yang anda akan habiskan masa 3 tahun disini. Sebelum terlupa, kita juga akan berpeluang bertukar-tukar ke hospital lain di serata Jordan sehingga ke Amman dan Muktah. Tapi post kali ini kita fokus kepada satu hospital sahaja.

King Abdullah University Hospital

Bilik Prosedur CT Angiogram

Klinik Internal Medicine

Qubbah Hospital

Playground Ward Pediatrics

Ward Pediatrics


Jadi, sudahkah anda bersedia untuk memulakan kehidupan anda yang baru sebagai pelajar klinikal? Kalau ya adalah jawapan anda, kami doakan anda dapat melakukannya yang terbaik. Banyak pengalaman yang berharga yang boleh anda peroleh ketika di alam klinikal ini. Pastinya, setelah anda menjadi doktor yang hebat di Malaysia kelak, anda akan merindui setiap saat yang telah anda lalui di Jordan.

Akhir kalam, pastikan segala usaha dan tenaga yang kita gunakan sepanjang menuntut ilmu perubatan di Jordan ini bukanlah kerana mendambakan pangkat seorang doktor, kemahsyuran apatah lagi kemewahan di dunia. Tujuan yang hakiki tidak lain tidak bukan hanyalah kerana ingin mendapat redha dari Allah S.W.T. Apabila redha Allah yang kita letakkan sebagai pembakar semangat, barulah hidup dan ilmu diberkati.  - ZJ

Medicomaniax

ZJ.
I am a final year medical student at Jordan University of Science and Technology.
A cat lover, and fishing.

4 comments: