- Thursday, 23 July 2015

Happy Syringe!!

Mission and Vision.



Assalamualaikum.
Bismillah, Wassolatu Wassalamu ‘Ala Muhammad. 

Selamat datang ke blog rasmi pelajar tahun akhir perubatan Malaysia, Jordan University of Science and Technology (JUST)! Blog ini akan menjadi wadah dakwah dan perbincangan mengenai isu-isu semasa mengikut keperluan. Terdiri daripada pelajar tajaan JPA, Mara dan persendirian, kami pelajar perubatan JUST sedang menjalani latihan klinikal di ‘teaching hospital’ di pelbagai daerah di dalam Jordan. Latihan klinikal ini bertujuan untuk menyiapkan kami dengan dunia klinikal di Malaysia yang jauh lagi mencabar ketika bergelar Housmen Officer.

Visi kami adalah menjadi pelajar perubatan yang proaktif dan doktor Muslim yang kompeten yang boleh memberi sumbangan kepada dunia perubatan di Malaysia khasnya, dan di dunia amnya. Hasrat besar ini tidak dapat direalisasikan tanpa sokongan dari rakan-rakan pelajar dan pembaca. Kami juga amat memerlukan nasihat dan teguran ikhlas daripada senior-senior doktor di Malaysia untuk memperbaiki mutu penulisan kami. Ini secara tidak langsung, dapat memaksimakan kebaikan yang ingin kami sampaikan kepada masyarakat umum.

Blog ini bertujuan agar kami boleh mendedahkan kepada masyarakat luar tentang ilmu perubatan dari sudut sains dan memberi sudut pandang  seorang muslim daripada sarjana-sarjana Islam. 

Selain daripada info-info perubatan, kami juga akan membincangkan isu-isu semasa global mahupun lokal. Perkongsian ini insyAllah melatih kami untuk melontarkan idea-idea bernas dan pandangan-pandangan matang. Kami membuka ruang besar untuk mana-mana pihak yang berminat untuk berkongsi pandangan. Anda dialu-alukan untuk menghantar pandangan anda ke media sosial kami.

Akhir kata, saya berharap agar dengan cara penulisan ini dapat memberi kebaikan yang maksima kepada masyarakat luar terutamanya yang menginginkan penjelasan yang lanjut mengenai ilmu perubatan.  Saya juga berharap agar usaha murni ini akan berterusan selagi punya kudrat dan diizinkan olehNya.

Sekian. Semoga usaha kecil ini, kelihatan besar disisi Allah dan diberikan balasan syurga.

Ketua Editor,
Happy Syringe,
Medicomaniax.



* * *


Assalamualaikum.
Bismillah, Wassolatu Wassamalu ‘Ala Muhammad.

Welcome to the official blog of final year Malaysian medical student currently studying in Jordan University of Science and Technology (JUST)!. This blog is dedicated to be our official tounge in spreading positivity and discussing current issues. Students sponsored by various government or non government agency such as JPA and MARA, are currently in their clinical phase of medical educations. We hope to prepare ourselves to a more challenging environment in Malaysia.

Our vision is to be proactive medical students and Muslim Doctors. We have an urge to contribute for the medical world in Malaysia and the world. This beautiful dream can’t be realised without the support from your fellow students and reader. We are in need of constructive criticism from our senior doctors. The synergist of these peoples will hopefully maximized the benefit that we can give to the societies.

Other than medical knowledge, we will also bring current global and local issues to our readers. We hope it will make us more mature in giving opinions and ideas. We are very happy to receive anyone who wished to contribute with us. Please contact us via our social media. (Facebook, e-mail)

Thank You.

Chief Editor,
Happy Syringe,
Medicomaniax. 



No comments:

Post a Comment